Prof. Dr. Mansor Mohd Nor di Siri Bicara Tokoh Pemikir FBI

Pusat Kecemerlangan FBI, PEMIKIR, telah mengambil inisiatif untuk menganjurkan Siri Bicara Tokoh Pemikir kedua pada 23 November 2021. Siri syarahan ini merupakan platform yang menjemput penceramah dan ahli akademik terkemuka di dalam dan di luar negara untuk berkongsi input mereka dalam bidang sains sosial .

Siri kedua menyaksikan Prof. Dr. Mansor Mohd Nor, Profesor di Institut Kajian Etnik (KITA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UMK) dijemput untuk berkongsi input beliau tentang Kaedah Pengurusan Masyarakat Kepelbagaian di Malaysia. Beliau berkongsi dengan hadirin isu-isu yang menyelubungi masyarakat yang pelbagai di Malaysia, masalah dan pendekatan yang mungkin untuk menangani ketegangan yang berlaku.

Siri syarahan tersebut telah dihadiri lebih 200 peserta terutamanya dari UMK dan UKM. Ia dipengerusikan oleh Prof. Prof Dr Nur Azuki Yusoff, Pengarah PEMIKIR, dan diacarakan oleh Dr. Azahah binti Abu Hassan Sha'ari.

Siri Syarahan PEMIKIR dijangka akan diteruskan dengan siri wacana intelektual yang lain pada masa hadapan.